Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 11

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 692

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) terhenti menjadi seorang anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang