Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 17

Akta 692

(a)

mana-mana anggota;

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;

atau

(c)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat, batasan atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.

(3)

Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah—

(a)

kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 21; dan

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan

Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga ke takat yang ditentukan oleh Lembaga.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 25

(4)

Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa