Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 18

(2)

Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(5)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(6)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(7)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (6) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(8)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 692

(9)

Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(10)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga.

Section 18 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009