Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 19

(2)

Lembaga hendaklah meletak hak pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah bertangggungjawab bagi—

(a)

perjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Lembaga;

(b)

penyediaan—

(i)

semua program, skim, projek dan aktiviti;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

(iii)

anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga;

(c)

pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan

(d)

pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 27

(4)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

(6)

Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan boleh melaksanakan semua kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

(7)

Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara waktu di

Malaysia atau tidak berupaya buat sementara waktu oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah adalah kosong pada masa itu,

Menteri boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga.

Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain

Section 19 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009