Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 20

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

(4)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 692

(5)

Lembaga boleh mengguna pakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini.

Pinjaman, biasiswa dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat

Section 20 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009