Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 22

(2)

Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggara dan dikendalikan oleh Lembaga.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;

(b)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 29

(c)

wang yang diperoleh atau didapati daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada

Lembaga;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya;

(f)

wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

(g)

wang yang dikutip atau dibayar di bawah seksyen 84;

(h)

wang yang dikutip oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditentukan dalamnya sebagai wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;

(i)

derma atau sumbangan yang diterima daripada mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia;

(j)

semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan

(k)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Lembaga.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang