Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—
(i)
saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau gratuiti;
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 692
(ii)
perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat
Lembaga;
(iii)
kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pengkhidmat Lembaga;
(iv)
elaun anggota dan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 18; dan
(v)
fi dan kos perundangan dan apa-apa fi dan kos lain;
(b)
membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;
(c)
menyumbang kepada badan atau organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang Lembaga merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berkaitan dengan industri kenaf dan industri tembakau sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
(d)
memberikan bantuan kewangan kepada penanam kenaf atau pengawet berlesen dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan;
(e)
memberikan pinjaman, biasiswa, pendahuluan atau geran, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga atau kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia;
(f)
memberikan pinjaman atau memberikan modal bagi syarikat yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah Akta ini;
(g)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh
Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(h)
tertakluk kepada kelulusan Menteri, membuat sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran kenaf dan keluaran kenaf;
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 31
(i)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja dan perusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(j)
membayar balik mana-mana wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar ke atas wang itu;
(k)
membayar apa-apa ganjaran di bawah seksyen 87; dan
(l)
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang