Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 27

(2)

Ses yang dikenakan oleh perintah itu hendaklah, bagi maksud kutipan dan bagi penguatkuasaan kutipannya, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Ses.

(3)

Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berbeza bagi jenis tembakau dan keluaran tembakau yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.

(4)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 33

(5)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada

Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh diambil guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

(6)

Pembawaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti bagi pembayaran apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Section 27 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009