Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 692
“anggota” ertinya seorang anggota Lembaga dan termasuk anggota silih ganti;
“bangsal” ertinya suatu bangunan atau bahagiannya yang dibina, dipadansuaikan atau digunakan bagi mengawet tembakau di dalamnya;
“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa keputusan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan termasuk ciptaan dan penambahbaikan dalam apa-apa proses, perkakas, mesin atau teknik;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“industri kenaf” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, kenaf, keluaran kenaf atau terbitan kenaf dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya;
“industri tembakau” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, tembakau, keluaran tembakau atau terbitan tembakau dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya;
“juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 75;
“kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“keluaran kenaf” ertinya apa-apa keluaran yang berasal daripada kenaf atau apa-apa campuran yang mengandungi kenaf seperti tali, kertas, tekstil dan biokomposit;
“keluaran tembakau” ertinya rokok atau cerut atau apa-apa bentuk keluaran yang berasal daripada tembakau termasuk apa-apa campuran yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran perubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366]
atau Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
[P.U. (A) 223/1984];
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 11
“kenaf” ertinya Hibiscus cannabinus daripada spesis pokok
Hibiscus atau mana-mana bahagiannya, dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 19;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 22;
“Kumpulan Wang Ses” ertinya Kumpulan Wang Ses yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;
“Lembaga” ertinya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 41;
“musim tutup” ertinya suatu tempoh yang diisytiharkan sebagai musim tutup di bawah seksyen 80;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
(a)
seorang pegawai Lembaga atau pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 54;
(b)
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada pangkat Inspektor; atau
(c)
seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“pembeli berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk membeli tembakau diawet;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah
Akta ini;
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 692
“pengawet berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk menanam dan mengawet tembakau;
“pengawetan” ertinya suatu proses yang melaluinya daun-daun tembakau atau bahagian-bahagian lain pokok tembakau dikeringkan bagi maksud pemeliharaan dan pematangan, dan termasuk proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api dan pengawetan matahari;
“pengawetan api” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada api di dalam bangsal berganti udara untuk membiarkan tembakau itu terkena asap;
“pengawetan matahari” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada sinaran matahari sepenuhnya bagi sebahagian besar tempoh pengawetan itu;
“pengawetan pemanas” ertinya suatu proses yang melaluinya tembakau belum diawet dibiarkan dalam udara yang dipanaskan melalui suatu sumber haba yang boleh dikawal di dalam sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang dibina sedemikian rupa supaya angin dan lembapan tidak dapat masuk ke dalamnya atau keluar darinya lebih daripada yang diperlukan bagi menjayakan proses itu;
“pengawetan udara” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet diganti udara di bawah keadaan udara semula jadi dengan sedikit atau tiada haba buatan di dalam bangsal berganti udara sebahagian besarnya;
“Pengelas” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Pengelas di bawah seksyen 20—
(a)
bertindak sebagai pakar dalam memutuskan—
(i)
gred, piawaian dan kualiti kenaf keluaran tempatan;
(ii)
kenaf yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu;
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 13
(iii)
gred, piawaian dan kualiti tembakau keluaran tempatan; atau
(iv)
tembakau yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu;
(b)
bertindak sebagai penimbang tara dalam pertikaian pemasaran bagi kenaf dan tembakau;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuk mana-mana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi di bawah seksyen 9;
“pengilang”—
(a)
dalam hal kenaf, ertinya seseorang yang mengilang kenaf atau keluaran kenaf dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang; atau
(b)
dalam hal tembakau, ertinya seseorang yang mengilang tembakau sehingga menjadi sesuai untuk digunakan serta-merta melalui hisapan atau selainnya dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang;
“perakuan kebenaran” ertinya suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 41(2);
“premis” ertinya mana-mana tempat sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuk mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, estet, kebun kecil, bilik kecil, bangsal kecil atau bangsal;
“rokok” ertinya apa-apa keluaran yang terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilangkan, atau daripada apa-apa terbitan atau gantian tembakau, yang digulung dalam bungkusan kertas tunggal atau lebih, dan yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk dihisap;
“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 27;
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 692
“tembakau” ertinya pokok spesis Nicotiana tabacum atau mana-mana bahagiannya, sama ada dalam keadaan belum diawet atau sudah diawet dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini;
“tembakau diawet” ertinya tembakau yang telah melalui apa-apa proses pengawetan.