Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 39

Pelesenan, kelulusan dan perakuan kebenaran

(a)

membeli kenaf;

(b)

menjual keluaran kenaf;

(c)

memproses kenaf;

(d)

mengilang kenaf atau keluaran kenaf;

(e)

mengimport dan mengeksport kenaf atau keluaran kenaf;

(f)

mengawet tembakau;

(g)

membeli tembakau diawet;

(h)

mengilang tembakau atau keluaran tembakau;

(i)

mengadun tembakau; atau

(j)

mengedarkan tembakau atau keluaran tembakau, tanpa suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh menjual atau membeli tembakau belum diawet melainkan jika dia telah mendapat suatu kelulusan bertulis daripada Lembaga.

(3)

Tiada seorang pun boleh bertindak untuk atau bagi pihak seorang pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tanpa suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 37

(4)

Tiada lesen diperlukan untuk dikeluarkan di bawah Akta ini bagi pengilangan keluaran tembakau atau keluaran kenaf jika suatu lesen mengilang telah dikeluarkan di bawah Akta Penyelarasan

Perindustrian 1975 [Akta 156].

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Permohonan bagi lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran