Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
(3)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga—
(a)
membuat kontrak dan perjanjian usaha sama sama ada bersifat komersial atau perdagangan;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau tak alih; dan
(c)
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Lembaga.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 15
(4)
Objektif Lembaga adalah—
(a)
untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf;
(b)
untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
(c)
untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau;
dan
(d)
untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau.
(5)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Fungsi Lembaga