Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 40

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan.

(3)

Lembaga boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan itu diterima dan sebelum ia diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa atau dalam tempoh masa lanjutan yang ditentukan oleh Lembaga.

(4)

Jika kehendak di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi sesuatu lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan oleh Lembaga, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.

(5)

Mana-mana orang yang memohon untuk dilesenkan hendaklah memenuhi kehendak yang berikut:

(a)

bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan yang memuaskan hati Lembaga;

(b)

bahawa dia mempunyai kelayakan atau kemahiran yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 692

(c)

bahawa dia mempunyai atau akan mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang perlu bagi industri kenaf atau industri tembakau yang dia akan terlibat dalamnya yang memuaskan hati Lembaga;

(d)

bahawa ada permintaan yang mencukupi bagi kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau dalam jangka panjang;

(e)

bahawa pelesenan pemohon itu atau pengeluaran perakuan kebenaran tidak akan memudaratkan industri kenaf atau industri tembakau yang sedia ada, dengan memberi perhatian khusus kepada bilangan pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran yang sedia ada dan kepada ada tidaknya sumber yang berhubungan dengan penghasilan kenaf atau tembakau; dan

(f)

bahawa apa-apa faktor atau kehendak berkaitan yang lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga telah dipertimbangkan atau telah dipenuhi.

Pengeluaran lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran