Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 43

Tempoh dan pembaharuan lesen atau perakuan kebenaran

(2)

Sesuatu permohonan untuk memperbaharui lesen atau perakuan kebenaran hendaklah dibuat oleh pemegang lesen atau pemegang perakuan itu sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu.

(3)

Mana-mana permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (2) tetapi dibuat sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(4)

Tiada permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu.

(5)

Lembaga boleh memperbaharui sesuatu lesen atau perakuan kebenaran jika pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran itu telah mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 41(3).

(6)

Jika sesuatu permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran diluluskan, lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 692

Lesen hendaklah dipamerkan