Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 47

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat, had atau sekatan lesen atau perakuan kebenaran itu tidak dipatuhi;

(b)

pengeluaran lesen atau perakuan kebenaran telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen;

(c)

maksud asal lesen atau perakuan kebenaran itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau

(d)

pemegang lesen telah terhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti yang baginya lesen atau perakuan kebenaran itu dikeluarkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau perakuan kebenaran atas alasan yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika Lembaga berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa lesen atau perakuan kebenaran itu patut dibatalkan atau digantung.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 692

(3)

Jika sesuatu lesen atau perakuan kebenaran telah dibatalkan, digantung atau tidak diperbaharui, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan atau sepanjang tempoh penggantungan atau dari tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti semasa lesen atau perakuan kebenarannya telah dibatalkan atau digantung atau tidak diperbaharui melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Mana-mana orang yang lesen atau perakuan kebenarannya telah dibatalkan atau tidak diperbaharui hendaklah menyerahkan lesen atau perakuan kebenarannya kepada Lembaga, dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

Rayuan