Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(a)
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b)
terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap, pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau peraturan, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk masuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
(2)
Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—
(a)
menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
(b)
mengambil sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
(c)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 47
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan peralatan sebagaimana yang didapatinya perlu.
(4)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam pelaksanaan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
(b)
memindahkan dengan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; atau
(c)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
(5)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(6)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)
atau memindahkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba berbuat sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 692
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran