Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana premis, orang, kenderaan, vesel atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 58 tujuan penggeledahan itu akan terjejas, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu—
(a)
memasuki dan menggeledah premis itu;
(b)
menahan dan menggeledah mana-mana orang, kenderaan, vesel atau pengangkut;
(c)
memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(d)
menentusahkan ketepatan rekod, pernyataan atau mana-mana maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga;
(e)
mengutip sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; atau
(f)
menyita mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Pemeriksaan ke atas orang