Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kuasa Lembaga termasuklah kuasa—
(a)
untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan mengenai penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan dan pemasaran—
(i)
kenaf, keluaran kenaf dan tembakau;
(ii)
kegunaan lain kenaf, keluaran kenaf dan tembakau, dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya dan untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan itu;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 692
(b)
untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana orang atau badan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penunaian fungsinya;
(c)
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Lembaga atau berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;
(d)
untuk menyelaraskan apa-apa aktiviti yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri kenaf dan industri tembakau;
(e)
untuk mengawal selia industri kenaf dan industri tembakau, termasuk pelaksanaan dan penguatkuasaan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(f)
untuk memberikan lesen, kelulusan, perakuan dan permit di bawah Akta ini berkenaan dengan industri kenaf dan industri tembakau;
(g)
untuk menetapkan piawaian atau gred kenaf, tembakau, keluaran kenaf dan keluaran tembakau;
(h)
untuk menggalakkan alternatif yang berdaya maju secara ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau;
(i)
untuk memberikan bantuan kewangan atau bantuan lain, dengan kelulusan Menteri, kepada orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau;
(j)
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, pengujian, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;
(k)
untuk mengutip dan menerima apa-apa wang berhubung dengan aktiviti perdagangannya dan penggunaan kemudahannya dan sebagai balasan bagi perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;
(l)
untuk menganugerahkan perakuan kemahiran berkenaan dengan program latihan dan yang diakreditasi;
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 19
(m)
untuk membuat sumbangan kepada badan atau organisasi yang Lembaga merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri; dan
(n)
untuk membuat semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Keanggotaan Lembaga