Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 62

Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disyaki dengan munasabah oleh seseorang pegawai diberi kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.