Malaysia legislation

Section 67

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 67

Akta 692

(2)

Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan sedemikian dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam Bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b)

dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 53

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan