Malaysia legislation

Section 68

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 68

(2)

Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang itu sebab yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu.

(3)

Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut:

“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ..................... (kesalahan yang mungkin dilakukan di bawah Akta ini). Adakah kamu hendak

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 692

mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini mungkin membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab ketiadaan notis sedemikian disampaikan kepadanya jika notis itu disampaikan kepadanya secepat mungkin yang semunasabahnya selepas itu.

(5)

Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.

(6)

Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas kesalahan itu, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dapat dijangkakan semunasabahnya bahawa dia akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa inferens daripada kegagalan itu yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan inferens itu, dikira sebagai, atau sebagai boleh terjumlah kepada, sokongan mengenai apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara matan.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 55

(7)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh dalam mana-mana prosiding jenayah—

(a)

menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya yang berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain daripada subseksyen itu; atau

(b)

dikira sebagai menghalang dibuat apa-apa inferens daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain daripada subseksyen itu.

Penjualan dan pelupusan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita

Section 68 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009