Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(a)
kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu adalah daripada jenis yang mudah binasa atau mudah merosot kualitinya;
(b)
penjagaan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah; atau
(c)
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh seseorang juruanalisis membuktikan, bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang diujinya itu tercemar atau daripada kualiti, piawaian atau gred yang lebih rendah daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh mana-mana peraturan, pegawai yang menyita boleh menyimpannya dalam penjagaan, atau jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu, menyebabkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu dilupuskan mengikut subseksyen 70(3).
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 692
Pelucuthakan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita