Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi industri kenaf dan industri tembakau;
(c)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian;
(d)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
(e)
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah;
(f)
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
(g)
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan;
(h)
Ketua Pengarah; dan
(i)
enam orang yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau, yang daripadanya hendaklah ada—
(i)
seorang wakil pengilang tembakau;
(ii)
seorang wakil pengawet berlesen; dan
(iii)
seorang wakil industri kenaf.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 692
Tempoh jawatan