Malaysia legislation

Section 70

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 70

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6)

dan (7).

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 57

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucut hak, boleh memberikan notis bertulis, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, kepada pegawai diberi kuasa yang dalam miliknya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, supaya merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila wakil Lembaga dan pemunyanya hadir atau mana-mana mereka gagal untuk hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 692

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(8)

Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantar serah kepada pegawai yang menyita dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

Hak harta mengenai kenaf atau tembakau, dsb., yang dilucuthakkan

Section 70 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009