Malaysia legislation

Section 72

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 72

Pelepasan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita

Walau apa pun seksyen 70, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Bahagian ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 59

Pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan