Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan bantuan mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain, yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini.