Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
(2)
Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk memeriksa suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu yang diperiksa di bawah subseksyen (1).
(3)
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang terkandung dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama dengan yang dijumpai dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka.
Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan