Malaysia legislation
Section 80
Seksyen 80
(2)
Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu musim tutup—
(a)
menanam kenaf atau tembakau;
(b)
membenarkan kenaf atau tembakau yang ditanam olehnya atau untuknya, atau di atas tanah yang dipunyai atau didudukinya, untuk terus tumbuh; atau
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 692
(c)
menjalankan, mengambil bahagian, membenarkan, menyebabkan, membiarkan, atau mendapatkan mana-mana orang untuk menjalankan, mengambil bahagian, dalam apa-apa aktiviti yang menjadi sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan proses kenaf atau pengawetan tembakau.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan