Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(a)
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 63
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah terhadap kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;
(b)
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
(c)
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan