Malaysia legislation

Section 88

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 88

Perlindungan pemberi maklumat

(2)

Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua rangkap sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat

Undang-Undang Malaysia 66

Akta 692

bahawa keadilan tidak dapat dicapai sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Kuasa untuk mengecualikan