Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 91

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a)

menetapkan cara memohon lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran, di bawah Akta ini, butiran yang hendaklah diberikan oleh seseorang pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar bagi pelesenan dan pemerakuan, syarat yang hendak dikenakan, bentuk lesen, kelulusan dan perakuan, dan kuasa untuk mengehadkan bilangan lesen;

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 67

(b)

menetapkan tatacara yang berhubungan dengan representasi yang hendak dibuat di bawah subseksyen 47(2);

(c)

menetapkan tatacara bagi rayuan di bawah seksyen 48;

(d)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun;

(e)

menetapkan jenis tembakau yang hendak diadun dalam mana-mana keluaran tembakau;

(f)

menggalakkan, mengawal selia, menguruskan, mengawal dan membangunkan pasaran kenaf atau keluaran kenaf;

(g)

mengawal selia, menguruskan dan mengawal pergerakan, pengangkutan dan penyimpanan tembakau atau keluaran tembakau;

(h)

menetapkan amalan yang hendaklah dipatuhi atau dielakkan dalam industri kenaf atau industri tembakau termasuk penanaman tembakau dan penyelidikan mengenai kenaf atau tembakau;

(i)

mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan piawaian pengendalian yang sesuai dalam menjalankan industri kenaf atau industri tembakau dan bagi menguruskan pelanggaran piawaian itu;

(j)

menetapkan cara penyimpanan dan pengangkutan kenaf atau tembakau dan langkah yang hendaklah diambil untuk mengelakkan kemusnahan atau kemerosotan kenaf atau tembakau, atau berlakunya atau merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf atau tembakau, semasa penyimpanan atau pengangkutan;

(k)

menetapkan cara dan tatacara pengambilan sampel kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau oleh seseorang pegawai diberi kuasa atau Pengelas bagi maksud Akta ini;

(l)

menetapkan piawaian pemprosesan dan cara pemeliharaan, penggredan atau pembungkusan kenaf atau tembakau;

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 692

(m)

menetapkan piawaian atau gred kenaf atau tembakau dan mengadakan peruntukan bagi melaksanakan apa-apa piawaian atau gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan dan larangan berurusan mengenai kenaf atau tembakau yang tidak mematuhi piawaian atau gred itu;

(n)

menetapkan harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf atau tembakau boleh dijual selain bagi eksport;

(o)

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran kontrak berhubung dengan penjualan dan pembelian kenaf atau tembakau dan butiran mengenai kontrak itu;

(p)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pedagang dalam perdagangan kenaf atau tembakau;

(q)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau;

(r)

menentukan kewajipan dan fungsi Pengelas;

(s)

menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan dan penyata yang hendaklah dikemukakan;

(t)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini dan cara kutipan dan pembayaran fi itu; dan

(u)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa tindakan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 69

Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan

Akta ini

Section 91 — AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009