Malaysia legislation
Section 92
Seksyen 92
Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Lembaga sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa tindakan atau perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat daripada tindakan atau perkara itu termasuk perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.