Malaysia legislation

Section 93

of *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009

Seksyen 93

(2)

Semua peraturan, kaedah, arahan dan perintah yang dibuat atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh ditetapkan hendaklah, tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda, membatalkan atau menarik balik peraturan, kaedah, arahan atau perintah dan tertakluk kepada pengubahsuaian yang perlu untuk menjadikan peraturan, kaedah, arahan dan perintah itu supaya selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini, sehingga selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini.

Pemindahan kuasa, dsb.