Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 95 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau dengan memihak kepada Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah, sebagai ganti Lembaga dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan, Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.