Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 71
(2)
Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga yang ditubuhkan oleh
Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh ditetapkan.
(3)
Jika perubahan dibuat pada atau selepas tarikh ditetapkan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat
Lembaga dibubarkan yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberi pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang baru.
Kecualian bagi lesen dan daftar