Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Kuasa pegawai Suruhanjaya
(a)
seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis yang dilantik di bawah Akta Polis 1967
[Akta 344]; dan
(b)
seseorang pegawai rendah Suruhanjaya hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai penjara yang berpangkat sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995
[Akta 537] apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan Suruhanjaya dan kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis yang berpangkat sarjan atau lebih rendah yang dilantik di bawah Akta Polis 1967.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—
(a)
seseorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa dan yang lebih tinggi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong
Penguasa Polis dan yang lebih tinggi; dan
(b)
seseorang Ketua Penolong Kanan Penguasa, Penolong
Kanan Penguasa dan Penolong Penguasa Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor dan yang lebih tinggi.
(3)
Jika dalam masa apa-apa penyiasatan atau prosiding di mahkamah berkenaan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini oleh mana-mana orang, terzahir suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, yang tidak menjadi kesalahan di bawah Akta ini, tidak kira sama ada kesalahan itu dilakukan oleh orang yang sama atau mana-mana orang lain, pegawai Suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi penyiasatan atau
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 23
prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memaklumkan Pendakwa Raya atau pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang boleh mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkannya patut.
(4)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan Suruhanjaya, dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya;
(b)
seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7] dan kuasa itu adalah tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah
Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan
Akta ini dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan
Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Kanun itu.
Kewajipan pegawai Suruhanjaya