Malaysia legislation

Section 12

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 12

Akta 694

Ketua Pesuruhjaya boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran yang disebut “Perintah-Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai dan pegawai rendah Suruhanjaya, dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk pentadbiran baik Suruhanjaya atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada amnya untuk memastikan

Suruhanjaya berfungsi dengan cekap dan berkesan.