Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada—
(a)
sekurang-kurangnya tujuh orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri; dan
(b)
Ketua Pesuruhjaya sebagai anggota ex-officio.
(3)
Anggota-anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong hendaklah orang yang berintegriti yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion.
(4)
Tempoh jawatan anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong ialah tiga tahun dan anggota itu tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus atau selainnya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 25
(5)
Lembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
(b)
untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi
Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
(c)
untuk menerima, meneliti dan mengendorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;
(d)
untuk meneliti dan mengendorskan keperluan sumber
Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;
(e)
untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai
Rasuah; dan
(f)
untuk mengemukakan ulasannya tentang penjalanan oleh
Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta ini kepada
Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.
Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah