Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain—
(a)
secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain;
atau
(b)
secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab—
(A)
mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau
(B)
mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat, melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen