Malaysia legislation

Section 17

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 17

Seseorang melakukan kesalahan jika—

(a)

sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 694

melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau

(b)

dia secara rasuah memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

Kesalahan oleh organisasi komersial 17a.  (1)  Suatu organisasi komersial melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang apa-apa suapan sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain dengan niat—

(a)

untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu; atau

(b)

untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.

(2)

Mana-mana organisasi komersial yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh organisasi komersial, seseorang—

(a)

yang menjadi pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsinya; atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 29

(b)

yang terlibat dengan pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk menghalang pelakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada hal keadaan itu.

(4)

Jika suatu organisasi komersial dipertuduh bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), menjadi pembelaan bagi organisasi komersial itu untuk membuktikan bahawa organisasi komersial itu mempunyai tatacara yang mencukupi untuk menghalang orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu daripada melakukan perbuatan itu.

(5)

Menteri hendaklah mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan tatacara yang disebut dalam subseksyen (4).

(6)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia ialah seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu.

(7)

Persoalan sama ada seseorang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial atau tidak hendaklah ditentukan dengan merujuk kepada semua hal keadaan yang berkaitan dan bukan hanya dengan merujuk kepada sifat hubungan antara dia dengan organisasi komersial itu.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “organisasi komersial” ertinya—

(a)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah *Akta

Syarikat 1965 [Akta 125] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(b)

suatu syarikat di mana jua diperbadankan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di Malaysia;

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 694

(c)

suatu perkongsian—

(i)

di bawah Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau

(ii)

yang merupakan perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian

Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau

(d)

suatu perkongsian di mana jua ditubuhkan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di

Malaysia.

Kesalahan dengan maksud untuk memperdayakan prinsipal oleh ejen

Section 17 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009