Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(a)
dia tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian;
(b)
dia telah menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian;
(c)
dia telah tidak sebenarnya berbuat demikian, memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian;
atau
(d)
perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.
(2)
Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah perenggan 17(b) dibuktikan bahawa dia telah secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau bagi memberikan atau tidak memberikan apa-apa sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang kerana dia ada sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa ejen itu mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian atau untuk memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian dan bahawa perbuatan, sokongan atau tentangan itu adalah berhubung dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, dia melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan itu walaupun ejen itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang atau bahawa perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.
Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender