Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Seseorang—
(a)
yang, dengan niat untuk memperoleh suatu kontrak daripada mana-mana badan awam bagi melaksanakan apa-apa kerja, mengadakan apa-apa perkhidmatan, melakukan apa-apa jua,
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 694
atau membekalkan apa-apa barang, bahan atau benda, menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang telah membuat suatu tender untuk mendapatkan kontrak itu, sebagai suatu dorongan atau upah bagi orang itu menarik balik tendernya itu; atau
(b)
yang meminta atau menerima apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah baginya menarik balik suatu tender yang telah dibuat olehnya untuk mendapatkan kontrak itu, melakukan suatu kesalahan.
Penyogokan pegawai badan awam