Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain memberikan, menjanjikan atau menawarkan, atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan, kepada mana-mana pegawai awam asing, atau sebagai seorang pegawai awam asing, meminta, menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, sama ada bagi faedah pegawai awam asing itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah supaya, atau selainnya kerana—
(a)
pegawai awam asing itu menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi apa-apa perbuatan atau keputusan negara asing atau organisasi antarabangsa awam yang baginya pegawai itu melaksanakan apa-apa kewajipan rasmi;
(b)
pegawai awam asing itu melaksanakan, telah melakukan atau tidak melakukan, atau menahan diri daripada melaksanakan atau membantu dalam mendapatkan, mencepatkan, melambatkan, merintangi atau menghalang pelaksanaan, apa-apa kewajipan rasminya; atau
(c)
pegawai awam asing itu membantu untuk mendapatkan atau menghalang pemberian apa-apa kontrak bagi faedah mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan, walaupun pegawai awam asing itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian, atau menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian, atau telah tidak sebenarnya berbuat demikian, memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian, atau walaupun dorongan atau upah itu tidak ada hubungan dengan skop kewajipan rasminya.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 694
Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan