Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(2)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(3)
Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.
(4)
Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 694
disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan