Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada bagi pihak dirinya sendiri atau bagi pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa urusan berhubung dengan apa-apa harta, atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan, atau memegang, menerima atau menyembunyikan apa-apa harta atau mana-mana bahagiannya yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Pembuatan pernyataan yang palsu atau dimaksudkan untuk mengelirukan, dsb., kepada pegawai Suruhanjaya atau