Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Pendakwa Raya
(a)
adalah palsu atau dimaksudkan untuk mengelirukan; atau
(b)
tidak selaras dengan apa-apa pernyataan lain yang dibuat sebelum itu oleh orang itu kepada mana-mana orang yang mempunyai kuasa atau wenang di bawah mana-mana undang-undang, atau selainnya, untuk menerima, atau menghendaki supaya dibuat, pernyataan lain itu tidak kira sama ada atau tidak orang yang membuat pernyataan itu mempunyai apa-apa obligasi di sisi undang-undang atau obligasi lain untuk menyatakan yang benar,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 37
dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika mana-mana orang yang telah membuat sesuatu pernyataan kepada seorang pegawai Suruhanjaya atau kepada Pendakwa Raya, semasa pegawai atau Pendakwa Raya itu menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Akta ini, kemudiannya membuat apa-apa pernyataan lain kepada mana-mana orang yang mempunyai kuasa atau wenang di bawah mana-mana undang-undang, atau selainnya, untuk menerima, atau menghendaki supaya dibuat, pernyataan lain itu, tidak kira sama ada atau tidak orang yang membuat pernyataan itu mempunyai obligasi di sisi undang-undang atau obligasi lain untuk menyatakan yang benar, dia, jika pernyataan yang lain itu tidak selaras dengan apa-apa pernyataan yang dibuat sebelumnya kepada seseorang pegawai Suruhanjaya atau Pendakwa
Raya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud perenggan (1)(b) dan subseksyen (2), apa-apa pernyataan yang dibuat dalam apa-apa prosiding undang-undang di hadapan mana-mana mahkamah, sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang dalam apa-apa prosiding tatatertib, sama ada prosiding undang-undang atau prosiding tatatertib itu adalah terhadap orang yang membuat pernyataan itu atau terhadap mana-mana orang lain, hendaklah disifatkan sebagai suatu pernyataan yang dibuat kepada seorang yang mempunyai kuasa atau wenang di bawah undang-undang untuk menerima pernyataan yang dibuat sedemikian.
Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah boleh dihukum sebagaimana kesalahan