Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kesalahan atau untuk membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 694
(c)
bersubahat, atau terlibat dalam komplot jenayah, untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai sesuatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan khusus Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan kesalahan di bawah peruntukan khusus itu.
(3)
Perenggan (1)(a) tidaklah terpakai jika suatu percubaan untuk melakukan apa-apa perbuatan dijadikan dengan nyata suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan perenggan (1)(c) tidaklah terpakai bagi kes sesuatu persubahatan suatu kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 164 Kanun Keseksaan.