Malaysia legislation

Section 29

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 29

(2)

Tiap-tiap aduan, sama ada yang bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis, hendaklah dicatatkan dalam suatu buku yang disimpan di pejabat Suruhanjaya dan hendaklah dilampirkan pada catatan itu tarikh dan masa aduan itu dibuat.

(3)

Jika seseorang pegawai Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini berikutan dengan suatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

atau maklumat yang diterima selainnya olehnya, dia hendaklah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 39

menyebabkan penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan segala kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan Kanun Tatacara Jenayah.

(4)

Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai

Suruhanjaya dan Pendakwa Raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu, melainkan jika pendedahan itu dibuat dengan persetujuan

Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat

Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi.

(5)

Suatu salinan, yang diperakui oleh seorang pegawai

Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa dan yang lebih tinggi, bagi catatan di bawah subseksyen (2) tentang sesuatu aduan di bawah subseksyen (1) boleh diterima sebagai keterangan kandungan asal aduan itu dan masa, tempat dan cara aduan itu direkodkan.

Kuasa untuk memeriksa orang