Malaysia legislation

Section 30

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 30

(a)

memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

(b)

memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data berkomputer, atau apa-apa salinan diperakuinya, atau apa-apa benda lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh pegawai itu;

(c)

dengan notis bertulis mengarahkan mana-mana orang supaya memberikan pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu,

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 694

iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh yang dinyatakan oleh pegawai itu; dan

(d)

memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi tujuan diambil sampel tulisan tangannya atau sampel suaranya.

(2)

Perenggan (1)(b) tidaklah terpakai bagi buku jurubank.

(3)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) hendaklah—

(a)

hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan

(b)

semasa pemeriksaan itu, mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, berkenaan dengan perkara yang berhubung dengannya dia diperiksa, dan menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.

(4)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data berkomputer, atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku, dokumen, rekod, akaun atau data berkomputer itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.

(5)

Seseorang yang telah diberi suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang diketahuinya atau yang tersedia untuknya, dan tidak boleh enggan memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 41

(6)

Seseorang yang telah diberi suatu perintah atau notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu, dan subseksyen (3), (4) dan (5), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

(7)

(Dipotong oleh Akta A1567).

(8)

Suatu pernyataan seseorang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(9)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data berkomputer, atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau di bawah suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau rekod pemeriksaan sampel yang diambil di bawah perenggan (1)(d) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah—

(a)

bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(b)

bagi pelucuthakan harta menurut seksyen 40 atau 41, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen, rekod, akaun atau data berkomputer, atau barang itu, atau yang membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.

(10)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 694

Kuasa untuk memeriksa dan menggeledah dan menyita