Malaysia legislation

Section 31

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 31

(a)

memasuki mana-mana premis dan di situ mencari, menyita dan mengambil milik apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data, atau barang lain;

(b)

memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku, dokumen, rekod, akaun atau data;

(c)

memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa barang yang dijumpai pada orang itu;

(d)

memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau bejana; atau

(e)

memberhentikan, menggeledah dan menyita apa-apa pengangkut.

(2)

Apabila perlu berbuat demikian, seseorang pegawai Suruhanjaya yang menjalankan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (1) boleh—

(a)

memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalamnya, atau selainnya masuk dengan kekerasan ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 43

(c)

menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam atau di mana-mana premis, atau di dalam mana-mana pengangkut, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau pengangkut itu selesai digeledah.

(3)

Apabila didapati oleh seseorang pegawai Suruhanjaya bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada tersembunyi atau disimpan di mana-mana tempat apa-apa keterangan pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh perintah bertulis Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1), matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh menjalankan, di dalam dan berkenaan dengan tempat itu, segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) dan (2)

seolah-olah dia telah diarahkan supaya berbuat demikian oleh perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh orang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa.

Terjemahan