Malaysia legislation

Section 34

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Seksyen 34

(2)

Jika tidak praktik, atau selainnya tidak wajar, untuk melaksanakan pemindahan apa-apa harta alih di bawah subseksyen (1), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditugaskannya bagi maksud itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana harta alih, termasuk apa-apa harta alih yang disebut dalam subseksyen (6), telah disita di bawah Akta ini, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, selain pegawai yang melaksanakan penyitaan itu, boleh mengikut budi bicaranya—

(a)

memulangkan buat sementara harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan, dan tertakluk, bagaimanapun, pada pemberian jaminan yang mencukupi untuk memastikan bahawa harta alih itu akan diserahkan apabila tuntutan dibuat oleh pegawai yang membenarkan pelepasan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; atau

(b)

memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan harta itu, dan pemulangan itu dijadikan tertakluk pada pemberian jaminan yang amaunnya tidak kurang daripada amaun yang merupakan nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh harta itu dipulangkan.

(4)

Jika mana-mana orang yang kepadanya harta alih dipulangkan buat sementara di bawah perenggan (3)(a) tidak menyerahkan harta itu apabila dituntut atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan itu—

(a)

jaminan yang diberikan berkenaan dengan harta itu hendaklah terlucut hak; dan

(b)

orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda amaun jaminan yang diberikan olehnya, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 694

(5)

Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah berkenaan dengan harta yang dipulangkan di bawah perenggan (3)(b), pelucuthakan itu hendaklah dilaksanakan dengan melucuthakkan jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu dipulangkan.

(6)

Jika apa-apa harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan, yang berada dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mana-mana orang selain orang yang terhadapnya pendakwaan akan dibuat, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong

Penguasa atau yang lebih tinggi yang menyampaikan pada orang itu suatu perintah—

(a)

yang melarang orang itu menggunakan, memindahkan, atau membuat urusan tentang harta itu; atau

(b)

menghendaki orang itu menyerahkan harta itu kepada seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong

Penguasa atau yang lebih tinggi mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(7)

Jika apa-apa harta alih yang disita ialah suatu yang mudah reput atau menjadi rosak, atau merupakan harta yang tidak dapat disenggara tanpa kesukaran, atau yang tidak praktik untuk disenggara dan tidak dapat diuruskan di bawah subseksyen (3), seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dan hendaklah memegang hasil jualan itu, selepas ditolak daripadanya kos dan belanja penyenggaraan dan penjualan harta itu, untuk menanti keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

Penyiasatan akaun syer, pembelian, dsb.

Section 34 — MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009